Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Buku Teks

Sebagaimana yang telah kita maklum, surah pertama yang diturunkan ialah al-‘Alaq: 1-5. Membaca amat penting sebagai salah satu alat utama untuk mendapatkan ilmu. Membaca juga adalah perintah Allah yang semestinya kita patuhi. Marilah kita membaca, membaca dengan nama Allah.

Silibus Bahasa Arab peringkat menengah telah diubah lagi, dari Bahasa Arab Komunikasi kepada Bahasa Arab sahaja. Buku teks yang baru juga telah mula diajar di sekolah-sekolah. Format Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah juga khabarnya telah diperbaharui, walaupun kepastian tentang format baru tersebut masih lagi samar-samar.

Dari aspek kemahiran membaca, ada beberapa penambahbaikan telah dilakukan. Berikut ialah maklumat-maklumat tentang kemahiran membaca dalam buku teks Bahasa Arab menengah rendah yang baru:

أنواع القراءة تعليميا

قراءة مكثفة :

عادة لا تكون نصوصاً طويلة ، و يتم تناولها داخل الصف .

يجب على القارئ أن يفهم النص فهماً دقيقاً .

يحيط بدلالات مفرداته , ويعرف تراكيبه, ويجيد قراءته.

يدرسها الطلاب في الصف .

تقرأ سريا وجهريا .

تكون متدرجة بدءا من معرفة الرموز الكتابية وانتهاء بقراءة النصوص الطويلة نسبيا.

هناك تحكم دقيق بما تحويه من مفردات وتراكيب …

موادها ونصوصها مصطنعة.

ينبغي للمعلم أن يعرف الجديد فيها من المفردات والتراكيب ليتم التركيز عليه .

قراءة موسعة :

قراءة نصوص طويلة غالبا .

يقرؤها الطالب  عادة خارج الصف بتوجيه من المعلم .

يتم مناقشة أهم أفكارها داخل الصف.

لا يلزم فهم جميع مفرداتها وتراكيبها , ويكتفى بالفهم العام لها .

تقرأ سريا غالبا .

موادها ونصوصها أصلية , أو أصلية معدلة غالبا .

أسس اختيار نصوص القراءة :

أن تكون المادة القرائية جذابة وشيقة .

أن تكون مناسبة لمستوى الدارسين اللغوي .

أن تكون مناسبة لمستوى الدارسين الثقافي .

أن تكون مناسبة لمستوى الدارسين العمري .

أن تلبي حاجات الدارسين .

Maha Suci ALLAH

عَنْ أَبِي زُرْعَةِ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ ، سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ .متفق عليه.

Daripada Abi Zur’ah bin ‘Amr bin Jari berkata, “Aku telah mendengar Abu Hurairah telah berkata, berkata Rasulullah s.a.w: dua perkataan yang ringan bagi lidah, yang berat dalam timbangan (amal) dan dikasihi oleh Allah; Subhanallah wa bihamdihi Subhanallah al-‘Aziim.”- Bukhari & Muslim.

Ikhlaskah kita?

Ikhlaskan diri dalam beramal

Kerana Allah dan Rasul

Hasilnya untuk ummah

Labanya mencurah-curah

Akan kau raih di akhirat sana

Syurga nan bukan alam buana

Keikhlasan itu sungguh misteri

Anugerah untuk sejenis diri

Hanya kau cuba untuk meraih

Kenallah engkau jerih perih

Ingatlah engkau resmi hamba-Nya

Takut dan harap itu sifatnya

Aku dan engkau Allah yang punya

Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Bangsa Arab, sebelum kedatangan Islam lagi turut mengagungkan Hari Jumaat. Mereka menggelarnya Yaum ‘Arubah yang bererti ‘Hari Kearaban’.  Surah Al-Jumu’ah pula merupakan surah yang ke-62 dalam al-Quran.

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad pada Hari Jumaat. Selain itu,  banyak adab yang perlu kita jaga pada Hari Jumaat serta sembahyang Jumaat supaya kita mendapat kelebihan yang dijanjikan di dalamnya.

Disamping mengajar anak-anak murid tentang selok belok sembahyang Jumaat dan hukum-hakamnya, guru-guru juga perlu mendidik anak-anak murid mereka tentang kepentingan menjaga adab-adab ini supaya ia menjadi suatu kelaziman dalam kehidupan seharian mereka.

Berikut adalah contoh bahan yang mungkin boleh membantu para guru dalam mempelbagaikan bahan serta teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P), berkenaan dengan topik Hari Jumaat:

http://www.teras-solution.com/v2/SUK/HotPot/Solat%20Jumaat/

BAHASA ARAB

Pernah mengeluarkan isi selonggok kerang rebus dari sebuah bekas, besen contohnya? Setiap satunya memerlukan ketekunan dan kesabaran. Setiap kerang mempunyai saiz yang tersendiri dan kesukaran tersendiri apabila membuka kulitnya, seterusnya mengeluarkan isinya. Ia bukanlah kerja yang sukar, namun ia agak leceh dan rumit.

Begitulah umpamanya Bahasa Arab, ia perlu dibuka dan dikeluarkan isinya satu persatu, bab demi bab sehinggalah habis semuanya. Setiap bab yang mesti dilalui mempunyai tahap kesukaran yang berbeza yang memerlukan ketekunan dari mereka yang mahu membukanya, seterusnya mengeluarkan isinya.

Berikut adalah contoh slaid yang mungkin boleh membantu para pelajar dan guru dalam mempelbagaikan bahan serta teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Arab:

JORASY

Reaksi Aku Olahan Fenomena

Telah lama ku memandang sesuatu secara linear
Terus ku laluinya ke hujung garisan
Ku tak sedar pandangan sebegitu amatlah bahaya
Dek kerana belakang diri ku sendiri pun ku tidak perasan

Ku cuba memandang secara membulat
Agar segala sudut mampu ku tengok
Barulah perbezaan dapat ku sukat
Bukannya perasan, sendiri seronok

Susah untuk ku berpatah balik
Garis linear yang telah ku lalui terlalu panjang
Namun dek kerana ku ingin menjadi baik
Tidak mengapalah, sudah sunnah berjuang

Mungkin garisan linear itu perlu dibentuk
Menjadi bulatan nan bercantum hujungnya
Kesempatan yang ada semakin suntuk
Ku jadi ketakutan dengan perkembangan terbarunya

Berilah aku sejenis peluang
Ku telah tersesat di hujung garisan
Lanjutkanlah masa untuk ku berpatah pulang
Membawa hujung titik membentuk bulatan

Setelah berjaya membentuk bulatan
Pandangan ku pasti semakin luas
Segala segi akan diperhatikan
Tentulah jiwa kita saling puas

Janganlah engkau menarik diri
Bulatan ku masih dalam proses
Ku pasti akan merana sendiri
Keindahan diri mu terlalu ku obses

Maafkan diri ku teruslah maafkan
Ku berjanji akan meraikan jiwa mu
Janji setia ku pastilah ku teruskan
Ku tak mampu teruskan hidup ku tanpa mu

Bantulah aku membentuk bulatan
Jangan biarkan aku di garisan linear
Ku sangat dambakan segala teguran
Insan yang ditegur tanda amat dikasihi-Nya

Maafkan aku akan cara ku
Niat yang baik perlukan teknik
Ku tak mahu kau menjadi mangsa ku
Akhirnya ku sendiri yang akan panik

Belajarlah engkau melepaskan rasa
Jiwa mu tak tembus mata ku nan bernoda
Jangan kau biarkan diri ku binasa
Musuh sekeliling sentiasa menggoda

Sebenarnya engkau penuh dengan modal
Ku sentiasa menunggu luahan dari mu
Namun mengapakah suara mu seakan tertinggal?
Kau pendamkan rasa membinasakan diri mu

Diri ku adalah diri yang sakit
Penangan cinta memanglah dahsyat
Matanglah aku berdikit-dikit
Ketahanan diri sebagai pra-syarat

Melawan obsesi hancurlah diri
Reaksi akukah olahan fantasi?
Reaksi awak hanyalah anugerah nyata orang mencari
Raikan anugerah mu lewat intuisi

Mohd Raof bin Samsuri
Banting, 14 Mei 2009M, 3:31.
(Diedit semula pada 21 April 2010M, 20:24).

Copy Raof’s rights reserved.