Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Karya Asli’ Category

Ikhlaskah kita?

Ikhlaskan diri dalam beramal

Kerana Allah dan Rasul

Hasilnya untuk ummah

Labanya mencurah-curah

Akan kau raih di akhirat sana

Syurga nan bukan alam buana

Keikhlasan itu sungguh misteri

Anugerah untuk sejenis diri

Hanya kau cuba untuk meraih

Kenallah engkau jerih perih

Ingatlah engkau resmi hamba-Nya

Takut dan harap itu sifatnya

Aku dan engkau Allah yang punya

Read Full Post »

Reaksi Aku Olahan Fenomena

Telah lama ku memandang sesuatu secara linear
Terus ku laluinya ke hujung garisan
Ku tak sedar pandangan sebegitu amatlah bahaya
Dek kerana belakang diri ku sendiri pun ku tidak perasan

Ku cuba memandang secara membulat
Agar segala sudut mampu ku tengok
Barulah perbezaan dapat ku sukat
Bukannya perasan, sendiri seronok

Susah untuk ku berpatah balik
Garis linear yang telah ku lalui terlalu panjang
Namun dek kerana ku ingin menjadi baik
Tidak mengapalah, sudah sunnah berjuang

Mungkin garisan linear itu perlu dibentuk
Menjadi bulatan nan bercantum hujungnya
Kesempatan yang ada semakin suntuk
Ku jadi ketakutan dengan perkembangan terbarunya

Berilah aku sejenis peluang
Ku telah tersesat di hujung garisan
Lanjutkanlah masa untuk ku berpatah pulang
Membawa hujung titik membentuk bulatan

Setelah berjaya membentuk bulatan
Pandangan ku pasti semakin luas
Segala segi akan diperhatikan
Tentulah jiwa kita saling puas

Janganlah engkau menarik diri
Bulatan ku masih dalam proses
Ku pasti akan merana sendiri
Keindahan diri mu terlalu ku obses

Maafkan diri ku teruslah maafkan
Ku berjanji akan meraikan jiwa mu
Janji setia ku pastilah ku teruskan
Ku tak mampu teruskan hidup ku tanpa mu

Bantulah aku membentuk bulatan
Jangan biarkan aku di garisan linear
Ku sangat dambakan segala teguran
Insan yang ditegur tanda amat dikasihi-Nya

Maafkan aku akan cara ku
Niat yang baik perlukan teknik
Ku tak mahu kau menjadi mangsa ku
Akhirnya ku sendiri yang akan panik

Belajarlah engkau melepaskan rasa
Jiwa mu tak tembus mata ku nan bernoda
Jangan kau biarkan diri ku binasa
Musuh sekeliling sentiasa menggoda

Sebenarnya engkau penuh dengan modal
Ku sentiasa menunggu luahan dari mu
Namun mengapakah suara mu seakan tertinggal?
Kau pendamkan rasa membinasakan diri mu

Diri ku adalah diri yang sakit
Penangan cinta memanglah dahsyat
Matanglah aku berdikit-dikit
Ketahanan diri sebagai pra-syarat

Melawan obsesi hancurlah diri
Reaksi akukah olahan fantasi?
Reaksi awak hanyalah anugerah nyata orang mencari
Raikan anugerah mu lewat intuisi

Mohd Raof bin Samsuri
Banting, 14 Mei 2009M, 3:31.
(Diedit semula pada 21 April 2010M, 20:24).

Copy Raof’s rights reserved.

Read Full Post »